Tajuk 1

Catatan 1.

Tajuk 2

Catatan 2

Tajuk 3

Catatan 3

Tajuk 4

Catatan 4

Tajuk 5

Catatan 5

Wednesday, February 8, 2012

Haluan Kerja Pendidikan


Sebuah buku yang menerangkan tentang idea dan langkah-langkah dalam merealisasikan agenda tranformasi negara tulisan Dato' Abd Ghafar bin Mahmud iaitu Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada ketika ini.

Pucuk pimpinan Kementerian Pelajaran Malaysia Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, dalam ucapan dasar Persidangan Perkembangan Baru Dalam Pendidikan 2010—2012 pada 28 Oktober 2009 telah membentangkan hala tuju jentera pendidikan negara.

Lihat | Muat Turun



Sunday, February 5, 2012

Anugerah PSS dan NILAM Peringkat Kebangsaan 2012

Anugerah NILAM dan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2012

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menganjurkan Anugerah NILAM dan Anugerah Pusat Sumber Sekolah (APSS) Peringkat Kebangsaan 2012 yang diurus setiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan.

Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan merupakan pengiktirafan tertinggi KPM dalam usaha membina tabiat membaca dalam kalangan murid selaras dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan. Anugerah PSS Peringkat Kebangsaan pula bertujuan meningkatkan bilangan PSS yang berkualiti dan berfungsi yang menjadi pemangkin kepada pembudayaan literasi maklumat dalam kalangan murid.

Penilaian APSS akan dilaksanakan pada bulan Mac – April 2012 manakala penilaian Anugerah NILAM akan diadakan pada 26 April 2012. Kesemua calon untuk kedua-dua Anugerah akan mengikuti program Kembara NILAM 1Malaysia pada 25 – 30 April 2012.

Majlis Anugerah akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, YB Dato’ Ir. Dr. Wee Ka Siong pada 29 April 2012 semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Sumber: Pengurusan Sumber Pendidikan




Wednesday, February 1, 2012

Gambar Percikan Air Dengan D90 Nikon


Ramai orang kagum dengan gambar yang benar-benar jadi mudah ... Untuk pos D90 kali ini, saya akan cuba untuk menunjukkan kepada anda bagaimana untuk mengambil gambar percikan air seperti di bawah.

Sekarang untuk mengambil gambar seperti ini, ia sebenarnya agak mudah ... Terdapat hanya beberapa perkara penetapan persediaan. tetapi selepas itu, ia boleh mengambil seberapa banyak gambar!

  1. Ambil sejenis mangkuk yang agak sesuai... Anda perlu besen yang monokrom. Jika besen yang putih ia akan menampak hasil yang lebih baik, manakala jika hitam ianya akan menghasilkan kesan yang sedikit.



Buku Rekod NILAM 2012


Program NILAM merupakan program yang dilaksanakan berterusan dari pertengahan tahun untuk Tahun 1 sehingga ke Tahun 6. Murid-murid yang masih tidak memiliki buku rekod NILAM untuk tahun 2012 ini, boleh membuat belian mulai sekarang.

Manakala murid yang telah memiliki buku rekod dari tahun lepas boleh meneruskan proses merekod dalam buku rekod NILAm tersebut.



Wednesday, January 18, 2012

The Presentation Secrets of Steve Jobs

Sebuah buku yang mengisahkan tentang seorang tokoh dalam dunia pengkomputeran. Ikuti kisah perjalanan hidup tokoh pengkomputeran ini.

Juga terdapat dalam versi bahasa Melayu. Versi bahasa Melayu telah diterbitkan oleh PTS Professional Publishing Sdn Bhd.


Lihat | Muat Turun


Untuk muat turun lain-lain e-book sila klik sini




Program NILAM

Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) ialah satu program galakan membaca secara terancang dengan melibatkan semua pelajar sekolah rendah dan menengah bagi membentuk tabiat suka membaca di kalangan pelajar.

Matlamat
Membudayakan amalan membaca di kalangan murid sepanjang hayat.

Objektif
  • Menyemai amalan membaca di kalangan murid.
  • Menjana pembentukan pemikiran kreatif, progresif dan inovatif.
  • Menyemai sifat cintakan ilmu ke dalam jiwa murid.
  • Memperbanyakkan bahan bacaan sesuai dengan tahap perkembangan murid.
  • Memupuk persaingan dalam konteks membaca bagi mencapai kecemerlangan.
  • Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembacaan di sekolah.
  • Mewujudkan sudut bacaan di tempat-tempat yang sesuai di kawasan sekolah.
  • Mewujudkan rangkaian pembacaan antara institusi pendidikan, agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan sukarela.

Rasional
Membaca adalah sumber ilmu. Banyak membaca akan memperkembang dan membina minda seseorang untuk maju dan berdaya saing.

Tiga elemen Program NILAM
  • Setiap pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca NILAM.
  • Guru mengesahkan rekod bacaan pelajar.
  • Pengiktirafan diberi kepada pelajar berdasarkan bilangan buku yang dibaca.


Tahap Perlaksanaan dan Pencapaian NILAM
Pelaksanaan Program NILAM ini dibahagikan kepada dua tahap:
1. Tahap Jauhari - membaca banyak buku & direkodkan (bil/ tajuk/ penulis/ringkasan)
2. Rakan Pembaca - sudah membaca 100 buku & jalankan aktiviti pembacaan

NILAM Tahap Jauhari

Sekolah Rendah

Murid-murid pada peringkat ini wajib melibatkan diri dengan banyak membaca sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu).
90 - 179 buku - Gangsa
180 - 269 buku - Perak
270 - 359 buku - Emas
360 buku ke atas - NILAM (Permata)

Rakan Pembaca
  • Fasilitator membantu murid membuat pengesanan kemajuan aktiviti yang dijalankan
    murid secara formal ( dalam majlis / pertandingan ) atau tidak formal (misalnya kerja
    amal / di kelas).
  • Akan dibimbing oleh guru atau fasilitator untuk turut serta di tempat – tempat
    aktiviti untuk menjalankan aktiviti RP.
  • Dilatih untuk menjalankan aktiviti pembacaan bersama rakan-rakan di sekolah seperti :
    aktiviti bercerita, membaca bersama dan bicara buku.
  • Akan dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini.
  • Pelajar pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut
    Jadual Sistem Ganjaran RP

Markah Pengikhtirafan
100-199 = Gangsa
200-299 = Perak
300-399 = Emas
400 ke atas = Nilam