Monday, January 9, 2012

i-NILAM 2012

i-NILAM seperti tahun lepas, bertukar wajah lagi. Pada tahun ini pula, i-NILAM tampak berbeza dari tahun sebelumnya.

Perbezaan terdapat dalam susun atur yang telah dilakukan. Kedudukan menu-menu dan pengumuman juga berubah, tetapi masih tetap memberikan mesej yang dikehendakinya.

Seperti biasa pada awal tahun ini, proses menaik kelas perlu dilakukan. Proses ini melalui beberapa langkah:

  1. Setelah log-in, Guru Data perlu melakukan proses "Penetapan/Senarai Kelas Tahun 2012". Proses ini adalah proses, menetapkan nama-nama kelas atau membuat penambahan atau pengurangan kelas.
  2. Setelah selesai proses "Penetapan/Senarai Kelas Tahun 2012", barulah proses naik kelas boleh dilaksanakan.


TATACARA/ARAHAN NAIK KELAS [Bidangkuasa GPM dan Guru Data]


  1. Semak Senarai Kelas 2011 yang dipaparkan dalam kotak merah sebelah kiri.
    Pastikan padanan lajur Kelas 2011 dengan lajur Naik Kelas 2012 adalah betul.
  2. Untuk mengemaskini maklumat padanan kelas 2011=>2012,
    klik butang Kemaskini bagi kelas berkenaan di petak merah sebelah kiri.



  3. Pilih nama kelas di ruangan Naik Kelas 2012 dalam petak hijau di bawah.
    Klik butang Simpan dalam petak hijau di bawah.






  4. Ulang langkah 1-3 bagi setiap kelas.






  5. Setelah padanan semua Kelas 2011=>2012 dikemaskini, sila semak sekali lagi Senarai Kelas
    2011 yang dipaparkan dalam kotak merah sebelah kiri telah dipadankan dengan betul
    ke Kelas 2012.






  6. Klik butang kuning
    "Naik kelas SEMUA Kelas Sesi 2011 ke Kelas Sesi 2012 berdasarkan padanan di bawah".
    Sekiranya anda pasti tekan butang OK. Jika tidak pasti tekan butang Cancel.
    Setelah butang kuning ini diklik dan anda klik OK, semua murid kelas sesi 2011
    akan dipindahkan ke kelas sesi 2012 berdasarkan padanan kelas yang anda buat
    di petak merah sebelah kiri. Anda TIDAK BOLEH berpatah balik.



    *** Hanya klik butang kuning setelah anda benar-benar pasti semua
    padanan kelas 2011=>2012 adalah betul.




Untuk kali ini 10 Januari 2012, selesai untuk proses tersebut.
Selamat Untuk Semua... Terbaik dari Ladang

0 comments:

Post a Comment